E-mail dari Sarikei :
Salam Tuan,
Saya berasal dari Sarikei, Sarawak.Saya memang mengikuti perkembangan blok tuan sejak setahun lebih lepas dan tip dari blog tuan, saya membina sendiri rumah burung walit saya (20x24x2 -bawah simen & atas saya pakai diding adbestos 2 lapis).
Saya juga ada mengjenguk blog walit yang berbahasa orang putih yang saya
percaya dimliki org kaum lain (cina). Tuan, saya ingin medapat sedikit
penjelasan daripada tuan cara berkesan & mudah untuk menghalau
burung hantu ini (walaupun saya telah mengunakan tip dari blog &
tunjuk ajar kawan-kawan). Rumah saya sering kali didatangi burung hantu
pada malam hari, 3 kali saya jumpa sarang burung hantu (dgn burung
betina &telurnya sekali) didalam rumah burung saya. lepas tu saya
pasang lampu dekat dengan pintu masuk BH dan papan yang dipasang dengan
paku (bahagian tajam paku diatas permukaan pintu masuk supya bila burung
hantu masuk kakinya akan landing di atas paku dan berasa sakit &
serik untuk masuk semula).
Dua bulan pertama aman, selepas tu ada lagi kedengaran suara burung
hantu dari dalam rumah BH, saya pasang lagi pagar pada pintu dengan
mengunakan dawai RC (utk membuat tulang lantai) sebab saya pilih pakai
pagar dawai tersebut supaya burung dapat melaluinya walaupun lambat buka
pagar. setiap petang & subuh pintu akan ditarik & buka secara
manual dengan mengunakan tali. Hasilnya 3 bulan aman, lepas tu ada lagi
kedengaran suara burung hantu.
Ssekarang saya pasang jaring hitam halus untuk menangkap burung dan
dipasang pada pintu pagar, hasilnya saya dapat seekor burung hantu
selepas 1 minggu memasangnya. tapi cara ini terlalu berisiko yang burung
walit akan tersangkut juga pada jaring bilamana saya terlupa atau
terlambat utk membuka pintu. (nak pakai pintu gate auto terlalu mahal).
Harap tuan sudi dan berbesar hati dapat memberi nasihat bagaimana cara
berkesan untuk menghalau burung hantu ini. Teringin juga nak intip &
tembak sahaja burung hantu ni, tapi sampai bila?.
Komen Penulis.
Sebenarnya tidak mudah untuk sukses dalam industri burung walit ini.
Ganguan musuh adalah ganguan yang perlu diatasi segera. Diantara ganguan
yang sering berlaku ialah ganguan pemangsa seperti burung hantu, burung
helang, burung sesewah, biawak, ular, cicak lipas, tikus dan
sebagainya. Musuh yang paling besar ialah pencuri dan perompak.
Bagaimana untuk menghalangnya ?. Ini adalah persoalanyang agak sukar untuk dijelaskan.
Mungkin para penjenguk boleh memberi penjelasan untuk membantu kawan
kita dari Sarikei ini.Masalah yang dihadapi beliau adalah ganguan burung
hantu. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah burung
hantu ini.
Burung hantu sifatnya memburu mangsa waktu malam. Sebelum menangkap
mangsa ia memerlukan tempat landing terlebih dahulu. Oleh itu cuba chek
dalam rumah buruing tuan berapa banyak tempat landing yang ada. Jika
boleh ubah suai tempat-tempat yang boleh digunakan oleh burung hantu
untuk landing. Sebagai contoh gunakan cermin diatas binkai pintu masuk
dalam keadaan curam agar ia akan terjatuh semasa hendak landing. Cara
lain ialah dapatkan kerjasama pemburu untuk memburu burung hantu dengan
menembak atau memasang jerat dan sebagainya. Itu yang pernah saya
lakukan suatu ketika dahulu. Hari ini saya tidak lagi menghadapi masalah
burung hantu.
sumber : http://jahaniwalit.wordpress.com/
http://rumahamsterikky.blogspot.com/2014/01/ganguan-burung-hantu-dalam-rumah-burung.html
|
-visit us: @Mr_ikky and Friends- |
No comments:
Post a Comment